My photo
Iejay is the nick name of a la-la girl who loves anything so called books, the net, eating, sleep, shopping and holidays...

Monday, September 28, 2009

Ku Telah Jatuh Cinta... Lagi – edisi Raya


"Zara!!! Nah tengok surat khabar ni... ada ucapan Pak Su dekat dalam ruangan Salam Perantauan. Huh, siap ada ucapan khas tu untuk Zara!"


"Alah, abang ngah jealous lah tu…"


Zara segera mencapai surat khabar Utusan daripada tangan Qayum apabila mendengar nama Pak Su disebut oleh abangnya itu. Surat khabar di tangan pantas di selaknya mencari ruangan Salam Perantauan.


Seronoknya rasa bila ada orang tujukan ucapan Selamat Hari Raya di akhbar! Dapatlah rasa glamour sekejap. Yalah bukannya tiap-tiap hari nama kita dapat disiarkan di akhbar kan?


Hmm, lepas ni bolehlah dia telefon Alia di Setiawan dan khabarkan tentang berita sensasi ini. Boleh suruh Alia pergi dapatkan akhbar Utusan di sana. Lepas tu pula Zara rasa dia nak kena beritahu pada Nadia, Intan, Sarah… err… siapa lagi ya kawan dia yang dia nak eksyen kan?


Setelah dibelek-belek, akhirnya… ruangan yang dicari pun dijumpai. Sekarang mari kita cari nama Pak Su…


Ha, ni pun dia!





gambar ini adalah sekadar gambar hiasan sahaja ya - diculik drp utusan online)



Salam Iddulfitri kepada mak dan seluruh ahli keluarga di Kampung Lubok Katak, Tapah serta seluruh Malaysia, guru-guru dan sahabat handai yang mengenali diri ini terutamanya pelajar-pelajar STAR 1994. Ucapan Teristimewa ditujukan khas buat anak saudara yang tersayang si Kenit Zara Queza.




Ikhlas daripada Aidid Lukman Abdullah, Kent, United Kingdom.



*******


What?


Si Kenit Zara Queza?


Pakkkk Suuuu!!!!


Hampeh punya Pak Su! Eeee…. Nantilah Pak Su…



******


From: Zara Queza <zara-cute@yahoo.com>;
To: Pak Su <
aidid-luke@yahoo.co>);
Sent: Tuesday, December 26, 2000 9:46:26 PM
Subject: Salam Perantauan



Assalamualaikum...


Pak Su, hari ni ucapan Salam Perantauan Pak Su tu dah keluar dekat paper Utusan.


Terima kasihlah ya atas ucapan Pak Su yang telah mengwar-warkan satu Malaysia nama timangan Zara tu :-P


Untuk pengetahuan Pak Su, untuk hari raya esok, semua saudara-mara kita tahun ni sepakat untuk beramai-ramai berkumpul di kampung Opah.

Opah dah pun masak rendang tok dengan rebus ketupat. Pak Yob pula dah masak lemang tadi. Lebih 20 batang tau. Semalam kita orang ramai-ramai bergotong-royong masak dodol. Pak Su dekat UK sana duduk baik-baik tau. Makan ajalah Maggi di pagi raya ya. Jangan jelaous tau...



Salam sayang


Zara yang Comey



******


From: A. Luke <aidid-luke@yahoo.com>;

To: Zara Kenit (zara-cute@yahoo.com);

Sent: Tuesday, December 26, 2000 2:46:26 AM

Subject: RE: Salam Perantauan



Waalaikumsalam...

Pak Su tak jealous lah budak Kenit! Dekat sini ada ramai famili daripada Malaysia. Dia orang pun ada buat rendang dan ketupat untuk sambutan hari raya. Lagipun Opah awal-awal lagi dah kirimkan kuih baulu dan dodol pada anakanda dia yang tercinta ni...


Zara di sana, janganlah jelaous ya... Pak Su dekat sini dah beraya pun siang tadi. Di UK ni kami memang beraya sehari lebih awal daripada Malaysia. Zara dekat Malaysia, esok baru nak berayakan? :-P



p/s: Sekarang Pak Su tgh busy dengan projek final year. Jadi jangan kacau Pak Su for this 2 month ya Kenit... Nanti lepas habis projek, Pak Su akan balik Malaysia.



Sincerely from the most macho guy's on earth


A. Luke

*****

Ee... Pak Su ni la! Langsung tak jalan rancangan Zara nak kasi dia jealous...

Geramnya Zara....
...



*****




Salam Iddulfitri daripada iejay buat anda semua walaupun dah agak lewat.

Maaf Zahir Batin kalau ada salah silap terutamanya bab membuatkan anda yang datang ke blog ini tetapi jadi hampa sebab tak ada new entry.

Iejay akan busy buat sementara waktu ini Insya-Allah sehingga end of November. Nak pulun menyiapakan manuskrip RHD (ni dah kena warning berkali-kali ni dek editor…huhuhu…) supaya buku tersebut dapat diterbitkan by March 2010 iaitu semasa KLIBF @ PWTC.

Habis sahaja iejay siapkan RHD nanti, iejay akan sambung balik cerita Zara dan Pak Su dia ini ya…jadi Tungguuuu…