My photo
Iejay is the nick name of a la-la girl who loves anything so called books, the net, eating, sleep, shopping and holidays...

Monday, December 28, 2009

Ku Telah Jatuh Cinta... Lagi – Bab 4



“Nah telefon kau. Thanks.”

Zara yang sedang duduk di lantai bilik sambil memeluk lutut; menyambut telefon bimbit miliknya yang dipinjam oleh Alia sebentar tadi tanpa sebarang riak. Saat ini hatinya tengah terasa walang. Dia tidak tahu kenapa dan apa yang membuatkan dia merasa begini.

Entah mengapa ketika dia mendengar lagu Siapalah Aku dendangan Amy Mastura itu di radio ERA tadi ada rasa sayu yang bergayut di tangkai hatinya ini. Air mata terasa sudah bergenang di pelupuk matanya ketika ini. Rasa macam nak menangis aje.


Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza


Isy, kenapa boleh jadi macam ni? Kenapalah tiba-tiba melankolik sangat perasaan ni? Lirik lagu tu langsung tak ada kena mengena dengan dirinya pun. Lagu tu lagu untuk orang yang kecewa bercinta sebab perbezaan darjat sahaja. Sedangkan Zara ni bukannya tengah frust, tetapi baru tengah nak pasang bunga-bunga cinta pada si Chad Maurice tu. Waa… kenapa boleh jadi macam ni pula?

“Kau ni kenapa? Semacam sahaja aku tengok.”

Alia memandang Zara dengan pandangan pelik. Tadi lebih kurang setengah jam yang lalu semasa mereka makan berjemaah di dalam bilik, dia tengok Zara nampak okey sahaja. Elok sahaja bergurau senda seperti selalunya. Tetapi sekarang ini tiba-tiba sahaja kawannya ini berubah sugul.

Zara masih diam. Soalan Alia sebentar tadi terus terbiar sepi.

“Err... kau marah ke aku asyik pinjam handphone kau?”

Mendengarkan soalan itu, Zara segera panggung muka pada Alia. Buat masa ini di dalam bilik C.2.2.1 hanya Zara sahaja yang mempunyai telefon bimbit. Itupun kerana abah Zara yang bekerja sebagai jutruteknik dengan sebuah syarikat telekomunikasi dapat daftar line free. Line aje yang percuma ya, kalau call tetap kena bayar tau.

“Mana ada. Aku tak kisahlah. Buat apa aku nak marah. Tu telefon abah aku. Bukannya telefon aku. Lagipun kau kan dah janji nak bayar bilnya nanti.”

“Habis tu, kenapa kau monyok semacam sahaja ni?”

“Entah...”

Zara menjawab ringkas dan bahunya diangkat tanda dia benar-benar tidak pasti.

“Aku tak tahulah Alia. Tiba-tiba sahaja rasa macam ni. Rasa macam sedih sahaja. Tapi aku tak tahu apa yang aku nak sedihkan. Lepas aku dengar lagu Siapalah Aku tu tadi, terus aku jadi macam ni.”

Zara mengeluh lemah; meluahkan rasa hati yang tidak ketahuan.

Hmm... kenapa ya?”

Alia bertanya pada dirinya sendiri; berfikir-fikir apa yang membuatkan temannya Zara tiba-tiba berubah hormon seperti ini sekali. Dahi Alia kelihatan berkerut-kerut memikirkan jawapan kepada persoalan Zara itu. Sekali tengok gaya dia duduk berfikir dah macam rupa Auguste Rodin’s The Thinker Statue sahaja.



This is Auguste Rodin’s The Thinker Statue



“Nak kata kau kecewa, tak adalah pula. Ha, kalau kau sedih bukan pasal frust, mesti sebab kau dah jatuh cinta! Eh, kau dah jatuh cinta ke Zara?”

Mata Alia sudah bulat memandang Zara apabila teorinya itu bermain di bibirnya.

Zara pula terkebil-kebil apabila disoal sebegitu. Mukanya yang tadi nampak sedih, kini sudah manjadi merah seperti sedang menahan rasa malu apabila perasaannya berjaya ditebak oleh si teman baiknya itu.

“Err... man....mana ada. Ta...tak adalah.”

“Eleh, tak ada konon. Zara, kalau jawapan kau betul tidak kenapa mesti nak menjawab sampai tergagap-gagap? Kalau padi katakan padi. Tidak hamba bertampi-tampi. Kalau jadi katakan jadi. Tidak hamba ternanti-nanti.”

Alia sudah tersenyum tanda kemenangan kerana merasakan teorinya tadi sememangnya tepat pada sasaran.

Zara pula mencebik tanda geram dengan telatah Alia itu. Siap dengan berpantun pula tu.

“Okeylah-okeylah, aku mengaku. Memang aku ada tersuka dekat salah seorang budak lelaki dalam kumpulan aku tu. Tapi aku tak tahu rasa suka aku tu tahap cinta ke atau sekadar perasaan suka-suka yang biasa sahaja. Aku tak pernah pun rasa macam ni.

Lagipun aku tak pernah bertergur sapa dengan dia lagi. Aku selalu pandang dia dari jauh sahaja. Aku juga tak tahu kalau-kalau dia mungkin dah ada girlfriend dalam kolej ni juga atau dekat luar sana. Isy, perasaan ni buat aku rasa rimaslah!”

“Alah, rileks lah Zara. Tahun ni kita dah 18 tahun. Semua ni perkara yang normal. Tak ada salahnya kalau kita nak jatuh hati pada orang lelaki. Bila dah umur macam kita ni, memanglah perasaan macam tu mudah melanda kita. Aku rasa kalau kau sampai rasa nak menangis semata-mata sebab dengar lagu cinta, betullah kau memang serius dengan perasaan kau tu.”

“Kenapa cara kau cakap ni macam dah ada pengalaman sahaja?”

“Eh, tak adalah... Mana aku ada bercinta dengan sesiapa.”

Kali ini giliran muka Alia pula kelihatan hangat dan menggelabah.

Zara pula yang sejak tadi nampak sedih, kini tertawa kecil mengejek Alia yang nampak sangat cuba nak menyembunyikan kisah cintanya sendiri.

“Habis tu yang hampir tiap-tiap hari kau pinjam telefon aku untuk dail Ring-Ring Card kau tu, kau telefon siapa? Jangan cakap kau telefon mak kau sebab aku tahu yang kau tak akan telefon mak kau. Tapi mak kau yang akan telefon ke handphone aku kalau dia nak cakap dengan kau. Itu belum campur lagi yang kau ajak aku teman pergi cyber cafe bila kita outing.”

“Yalah-yalah... aku mengaku. Memang aku tengah rapat denagn seseorang sekarang ni. Nama dia Sokha. Dia daripada bangsa Kemboja. Tapi dah lama pindah ke USA dengan keluarga dia. Puas hati?”

“Tak! Aku tak puas hati lagi. Macam mana kau kenal dia, hah? Dah berapa lama kau kenal dia? Berapa lama dah kau orang couple?”

Zara yang tadi monyok sahaja kini sudah berubah kepada mood teruja. Hilang terus kisah pasal si Chad Mauricenya itu. Kini dia ternanti-nanti kisah cinta daripada sahabatnya itu pula.

Dia tidak sabar nak tahu bagaimana Alia yang selama ini dirasakannya macam tidak kisah langsung pasal budak-budak lelaki semasa zaman sekolah mereka boleh ada boyfriend terlebih dahulu daripada dirinya yang memang sejak baligh sudah gatal nak berpakwe ini...


3 comments:

  1. pandai zara ubah topik ya..

    ReplyDelete
  2. hahaha telefon besau tu

    ReplyDelete
  3. telefon besau pun banyak jasanya menghubungkan antara 2 benua :P
    itu belum masuk aksi ko mencari line... hahaha...

    ReplyDelete