My photo
Iejay is the nick name of a la-la girl who loves anything so called books, the net, eating, sleep, shopping and holidays...

Wednesday, December 30, 2009

Ku Telah Jatuh Cinta... Lagi – Bab 5

"... I felt the wind at the beach and I wonder if

the wind is you, Alia....."

- Sokha-


“Aku kenal Sokha melalui chatting dalam MIRC tahun lepas. 15 Mac 1999. Aku ingat lagi tarikh tu… Sebenarnya aku dah tersalah masuk room. Patutnya aku masuk channel #teen tapi aku tersalah taip sebagai #teens. Aku yang mula tegur dia dalam channel tu bila aku tak nampak nick kawan-kawan yang biasa aku bersembang di internet. Sudahlah tu, aku guna bahasa Melayu pula tu tegur dia. Bila dia macam blur sahaja, baru aku sedar yang aku dah tersalah tempat.

Kemudiannya bila aku beritahu dia yang aku dah tersalah room, dia tetap nak ajak aku bersembang dengan dia. Mula-mula kita orang tegur-tegur macam tu aje. Lepas tu kami mula bertuka-tukar email. Mungkin sebab itu pertama kali aku berbual dengan orang luar daripada Malaysia dalam Internet, aku jadi excited sangat bila dapat email daripada dia.

Kemudian kita orang mula chat pula guna ICQ dan AIM. Suatu hari, around bulan Julai tahun lepas, masa kami tengah chatting, tiba-tiba Sokha luah perasaan dia pada aku. Sebenarnya selama ini dalam dia dia dah mula luahkan perasaan dia pada aku melalui lirik-lirik lagu yang dia bagi pada aku semasa kami tengah chatting. Tapi aku tak perasan lagi.

Aku ni memanglah dah mula rasa suka pada dia tapi aku tak berapa pasti. Lagipun masa tu nak SPM. Jadi aku minta biarlah hubungan kami slow and easy dahulu. Macam tak sangka pula hanya kerana disebabkan terlebih satu ‘s’, hubungan kami boleh berkembang sehingga menjadi pasangan kekasih.”

Sepanjang mendengar temannya, Alia bercerita bagaimana hubungannya dengan kekasihnya yang bernama Sokha itu bermula, Zara begitu tekun sekali mendengar. Dia langsung tidak mencelah. Tidak sangka sungguh dalam diam-diam ubi, rupanya berisi. Dalam diam-diam si Alia ini rupa-rupanya hatinya ini sudah berpunya.

“Tapi kau tak pernah jumpa dia lagi kan? Kau boleh percaya ke pada dia?”

“Memanglah aku dan Sokha tak pernah jumpa secara berdepan lagi. Tapi Insya-Allah aku percaya dengan perasaan aku ini. Sebenarnya sebelum aku masuk ke kolej ni hari tu, dia ada telefon aku dan luahkan perasaan dia pada aku secara berdepan. Bukan lagi hanya melalui ayat-ayat yang ditaip di internet sahaja. Kalau ikut perancangan sebenarnya dia nak datang Malaysia bulan Februarai hari tu tetapi ada halangan pula.

Tapi aku tak adalah fikir lagi sampai mana hubungan kami ini nanti kerana masih banyak halangan yang perlu kami tempuhi. Kami ini di benua yang berbeza. Dia di California, USA sana dan aku di Malaysia sini. 16 jam jarak waktu kedudukan aku dan dia. Agama yang kami anuti juga berbeza. Lagipun aku ni muda lagilah. Paling-paling aku rasa aku nak kahwin bila umur aku dah 26 atau 27 tahun nanti.

Tetapi Zara, bila kita cintakan seseorang, semua itu bukanlah satu masalah. Dalam cinta, setiap masalah yang mendatang akan ada jalan penyelesaiannya. Cinta itu membuatkan setiap manusia menjadi optimistik. Dia pun ada selalu kata pada aku tau… Alia don’t feel sad, let just cherished the time we have together now.

Hmm… kau nak tahu tak kami pernah berdating berdua walaupun jasad kami berada di dua tempat yang berbeza?”

“Hah! Macam mana pula tu? Dating bersama tapi di tempat yang berbeza? Isy, aku rasa kau kena tambah ayat kau tadi yang cinta juga boleh membuat setiap manusia menjadi gila…”

Hahaha… mana ada aku gila. Aku masih waraslah. Masa lepas habis SPM hari tu dan ikut keluarga aku pindah balik Setiawan, datang idea gila pada kami untuk buat our very-very first long distances date at the beach. Benda yang kami rasa tak pernah dibuat dek orang lain.

Kami berdua berjanji untuk berada di pantai negara masing-masing pada waktu yang sama. Aku di Malaysia, 7 November 1999, hari Ahad jam 6 pagi dan dia pula dekat Amerika sana 6 November 1999 Sabtu jam 2 petang.

Walaupun tak dapat nak online masa tu, aku bayangkan dia berada di sebelah aku dan dia pula di Cataline Island sana membayangkan aku di sebelah dia. Kami bayangkan apa yang akan kami buat bersama-sama dan apa yang akan kami bualkan berdua.

Dalam kepala aku masa itu, aku dapat rasakan yang dia mungkin sedang duduk-duduk di tepi pantai sambil memerhatikan ombak yang menghempas pantai. Mungkin kalau kami bersama-sama masa itu, kami akan berbual-bual, membina istana pasir atau mungkin hanya duduk diam berdua sambil memerhatikan langit nan biru. Masa tu memang aku rasa dia macam dekat sahaja dengan aku. Dan aku tahu… one fine day it will no longer be a long distance date between us...”

Dengan muka penuh bercahaya, tanda cinta sedang beraja di hatinya, Alia mengakhiri kisahnya pada Zara. Adam, patung beruang besar hadiah pemberian si kekasih hati di USA sempena ulangtahun perkenalan mereka, dipeluknya erat. Patung tersebut memang merupakan salah satu barang kesayangannya. Langsung tidak diberinya orang lain terutamanya Zara untuk menyentuh patung beruang besar itu.

Hello… my name is Adam…I came from USA…


Zara pula rasa macam tidak percaya sahaja apabila mendengar cerita Alia itu. Rasa macam mendengar kisah-kisah cinta dongengan 1001 malam sahaja. Cuma ini ialah versi moden. Kisah dongengan versi zaman internet.

Tidak sangka sungguh dalama banyak-banyak manusia di dunia ini, Alia sahabat baiknya sendiri mempunyai cerita tersendiri seperti yang selalu dibacanya daripada cebisan kisah yang kononnya benar di majalah tentang cinta yang berputik di internet.

Hmm… Nanti-nantikan kalaulah ada orang bertanya bagaimana kisah cinta Zara Queaza Zachry dan Syed Arshad Maurice Bin Syed Ardafi bermula, apa yang Zara mahu jawab ya?

Mungkin dia boleh menjawab begini…

‘Cinta kami bermula ketika kami sama-sama berada di kolej matruikulasi. Sememangnya telah ditakdirkan oleh jodoh, kami berada di dalam kelas yang sama. Lalu sepertimana lagu Pandang Pandang Jeling Jeling nyanyian duet Siti Nurhaliza dan Datuk S M Salim, begitulah juga cinta kami bermula…’


Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya


Oh, Zara Queza! Berangan sahaja kamu ni la…


Standing in the middle of the night -poem for someone special

(Ini adalah poem yang pernah Sokha hadiahkan buat Alianya)

Pics of Sokha & Alia



Searching for the right star

To narrate the untold story

Keep going without asking

Hoping that one day

The right star will appear

Somewhere above the upper atmosphere

Standing in middle of night

Wishing for the blissful dream

That seems unreal

But still believing

For the righful joy

To circle the sappiest of life

Standing in middle of night

Looking for someone who would understand

Someone who would care

Someone who would love

Someone who is the one

Waiting till the end of the point

Someone better would show up

At the right time

At the right place

But deep inside my tender heart

I know

I have found someone…..



4 comments:

  1. mcm real la cite nih
    real ke iejay?

    ReplyDelete
  2. prt alia and sokhanya tu memang real plus a bit fiction...
    part Zara Queza tu TOTALLY FICTION!!! hehehe...

    ReplyDelete
  3. Zara kuat berangan..... itu fiction?

    haha anyway keep it up.... =D

    ReplyDelete
  4. suka-suka!
    sorry darling, baru sempat menjiwai.
    kali pertama baca sepintas lalu sahaja...

    romantik betul alia & sokha!

    ReplyDelete