My photo
Iejay is the nick name of a la-la girl who loves anything so called books, the net, eating, sleep, shopping and holidays...

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidlfitri...



Goodbye Ramadhan Al-Mubarak...

Moga ada peluang lagi untuk kami bertemu lagi denganmu...

Selamat Hari Raya to All of you...
Andai ada salah dan silap harap dimaafkan...
Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat-Nya...

Friday, August 27, 2010

NOTA MERAH JAMBU (4)






Mata Elyna menatap nota merah jambu yang terlekat pada skrin komputernya pada pagi itu. Kepala yang tidak gatal digaru-garu tanpa sedar. Otaknya cuba menghadamkan maksud tersirat di sebalik patah demi patah perkataan yang tercatat pada nota merah jambu tersebut.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke pejabat sebentar tadi, dia lihat kertas post-it-note berwarna merah jambu itu sudah pun sedia ada di situ. Entah bilalah Mr. Y meletakkan nota merah jambu tersebut di situ dia sendiri tidak pasti. Rasanya semasa dia keluar daripada pejabat ini lebih kurang jam 9 malam semalam, komputernya itu telah ditinggalkan dalam keadaan bersih suci dan murni tanpa sebarang tampalan kertas post-it-note.

“Hai, pagi-pagi lagi dah dapat nota merah jambu ke?” Yat yang baru sahaja melangkah masuk ke pejabat dan melabuhkan duduknya di meja kerjanya menegur Elyna yang nampak bungkam di meja sebelah.

“Haah, sampai-sampai aje aku tadi, aku tengok dah ada terlekat pada skrin komputer aku ni. Tapi kenapa nota yang dia bagi hari ini macam sedih aje bunyinya ya?” Elyna yang masih lagi tidak dapat mentafsirkan maksud nota merah jambu yang diterimanya kali ini memberitahu.

“Hari ini Mr. Y tulis apa?”

“Dia tulis nama aku Elyna... lepas tu ayatnya akukah pelangi yang tak memberi warna hidupmu dan tanda soal. Apa kenalah dengan Mr. Y aku ni ek? Gaya ayat dia macam orang tengah frust aje kan?”

“Mr. Y kau? Amboi, dalam diam-diam kau dah claimed Mr. Y tu jadi hak milik kau ya!” Yat sudah tergelak-gelak mendengar bicara Elyana. Keningnya terangkat-angkat memandang Elyna.

“Isy, aku tersilap sebutlah...” Elyna yang baru tersedar akan ayat yang dituturkannya tadi mengigit-gigit bibirnya. Mukanya sudah mula kemerah-merahan menahan perasaan malu. Ini nasiblah hanya Yat sahaja yang baru sampai ke pejabat. Kalaulah Maya ada sekali ketika ini, mahunya seminggu dia akan jadi bahan gelak ketawa temannya yang berdua itu.

“Alah, apa salahnya pun. Dah sah-sah Mr. Y tu memang minat dekat kau kan? Eh, tapikan nota yang dia bagi kau tu macam lirik lagu ‘Kekasih yang Tidak Dianggap’ yang kumpulan Kertas nyanyi tu aje... Yalah betullah tu aku rasa...”

Dan Yat mula menyanyi-nyanyi lagu yang sudah pun dihafalnya itu.

Aku mentari tapi tak menghangatkan mu... Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu... Aku sang bulan tak menerangi malammu... Aku lah bintang yang hilang ditelan kegelapan... Selalu itu yang kau ucapkan padaku... Sebagai kekasih yang tidak dianggap... Aku hanya...

“Ops! Sudah-sudah tu! Cukup-cukup... Tak payah menyanyi dah. Aku dah ingat dah lirik lagu ni. Karang tak pasal-pasal datang pula katak joint okestra kau ni.” Mendengarkan Yat sudah mula syok sendiri mendendangkan lagu ‘Kekasih yang Tidak Dianggap’, Elyna pantas sahaja meminta sahabatnya itu supaya tidak terus menyanyikan lagu tersebut sampai habis.

Dan elok sahaja dia berkata begitu, daripada jauh lagi mereka sudah ternampak kelibat Maya yang baru kelihatan muncul di pejabat.

“Ha, memang masin mulut kau. Elok sahaja aku berhenti, betul-betul puteri katak pun datang.” Yat sudah tersengih-sengih memandang Elyna.

Elyna pula hanya mengeleng-ngeleng kepalanya sahaja mendengar kata-kata Yat. Namun tanpa sedar bibirnya yang tidak mengikut arahan tuannya yang konon-konon baik tidak mahu sama-sama mengutuk orang; turut tersungging sebuah senyuman yang ditahan-tahan sebelum akhirnya pecah menjadi ketawa kecil. Dan Yat juga turut menyertai Elyna melepaskan tawanya.

Yat ni la. Dia dengan Maya tu dan Elyna sendiri juga memang dikira kawan baik di pejabat ini. Tapi dalam pada itu dia suka sangat cari pasal dengan si Maya tu. Kalau satu hari di pejabat tak bergurau, tak gaduh-gaduh sayang dengan Maya memang tak sah hidup dia agaknya. Maya tu pun sama aje dua kali lima perangainya dengan Yat.

“Ni apasal pagi-pagi lagi dah ketawa ni?” Maya yang sudah berada di hadapan meja Elyna bertanya pada kedua-dua sahabatnya dengan pandangan mata yang tajam menikam. Ada rasa tidak puas hati melihat Yat dan Elyna ketawa berdua.

“Tak ada apa-apalah. Tadi Elyna bercerita pasal dia mimpi jadi puteri katak yang pandai menyanyi malam tadi.” Yat menjawab selamba. Masih ada sisa-sisa ketawa terluah di bibirnya.

Elyna menghadiahkan jelingan tajam pada si Yat. Isy, tak pasal-pasal pula dirinya ini yang dijadikan alasan. Sudahlah tu alasan yang direka entah apa-apa aje. Ada ke patut dikatanya Elyna bermimpi jadi puteri katak?

Maya pula hanya mencebik sedikit tanda cerita itu langsung tidak menarik pada dia.

“Hah, kau kata semalam nak bagitahu pada kita orang hari ni senarai suspek-suspek yang berkemungkinan ialah Mr.Y tu. Mana senarainya?” Maya yang sudah menyelesakan dirinya pada meja kerjanya bertanya tentang janji yang dilafazkan Elyna pada dia dan Yat semalam.

“Oh, ada dah. Semalam lagi aku dah siapkan... Ha, ni senarainya tu.” Elyna pantas mencari-cari senarai nama yang dibuatnya semalam di dalam organizer dan kemudian menghulurkan senarai itu untuk dilihat oleh Maya dan Yat.

Maya dan Yat bersama-sama memerhati senarai yang dibuat oleh Elyna itu...

Nik Kamal Adli

Razif Kamsany

Iman Hakimi

Farish

Danny Lee

Steven Raj

Gerald

Rezy Ikmal

Nazry Johani

Maya dan Yat mengira ada sembilan nama orang yang menjadi suspek Elyna. Empat nama nampaknya awal-awal lagi sudah dipotong sendiri oleh Elyna. Tiga orang daripada semua suspek adalah Project Manager di syarikat ini. Encik Nazry Johani, bos mereka bertiga. Encik Rezy Ikmal, bos si Razif Kamsany dan Mr. Danny Lee. Yang lain-lain tu semua eksekutif biasa macam mereka juga.

“Isy, nama Razif Kamsany si bujang terlajak tu pun ada juga ke?” Bibir Yat mencebik tanda meluat melihat nama itu turut disenarikan oleh Elyna.

“Aku kenalah adil dan saksama letak semua nama yang boleh dijadikan suspek sekalipun aku pun menyampah juga dengan dia. Tapi dia tu tak adalah terlajak manapun. Umur dia tak silap aku baru 37 tahun kan?” Elyna menjelaskan tujuannya meletakkan nama Razif Kamsany, manusia yang paling tidak senang melihat kegembiraan mereka bertiga di pejabat ini.

“Elyn, kenapa aku rasa semua nama yang kau senaraikan ni yang bujang-bujang sahaja?” Tanya Maya pula.

“Hmm... sebab pada pendapat akulah, orang yang ada potensi nak buat kerja-kerja menulis nota dan main menyorok-nyorok siapakah dia sebenarnya macam Mr. Y tu, biasanya adalah kerja orang yang masih bujang sahaja. Kalau yang dah kahwin tu dan konon ada cita-cita nak main kayu tiga dengan mengurat aku ni, setahu aku biasanya dia orang ni jenis yang terus terjah aje jual minyak urat dia.”

Maya dan Yat teranguk-angguk dengan penjelasan Elyna yang pada mereka rasanya masuk di akal juga.

“Tapi kenapa ada lima nama ni kau dah potong siap-siap? Kata tadi kau kena adil dan saksama kan?” Maya menyoal lagi akan kerasionalan tindakan Elyna.

“Oo... adalah sebabnya. Macam Mr. Danny Lee dengan Mr. Steven tu aku rasa macam tak ada cita-cita aje nak pergi bersunat. Jadi sebab tu aku rasa tak mungkinlah dia orang tu adalah orang yang boleh dijadikan sebagai suspek Mr. Y tu.”

“Kau ingat orang yang bersunat aje ke boleh tulis nota merah jambu macam tu?” Maya menyindir alasan Elyna.

“Haah la... Tapi si Gerald yang serani tu pun tak sunat juga kan? Kenapa nama dia kau tak potong sama?” Yat bertanya akan kewajaran Elyna mengekalkan nama lelaki serani itu dalam senarainya.

Elyna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Terasa mati kutu dibuatnya hendak menjawab soalan-soalan temannya itu. Semalam pun semasa dia membuat senarai nama tersebut, dia hanya main tulis sahaja nama sesiapa yang dia terasa patut ada dalam senarai itu. Apa rasionalnya dia potong beberapa nama yang ada itu pun dia sekadar mengikut gerak hatinya sahaja.

“Eh, lagipun kan Gerald tu bukankah jenis yang suka dating dengan perempuan ala-ala model yang kurus melidi macam tak cukup zat pemakanan tu aje? Aku bukanlah nak undergraded kau Elyn, tapi aku rasa antara kita bertiga ni, tak ada seorang pun yang si Gerald tu tak akan pandang punya.” Dengan nada yang meluat Maya menerangkan perihal Gerald yang diketahuinya.

“Yalah-yalah, aku potong nama si Gerald tu.” Kertas yang masih berada di tangan Yat, di ambil Elyna dan pantas nama Gerald turut dipotong.

Gerald

“Okey, sekarang kau orang puas hati?” Nada suara Elyna sedikit marah bunyinya. Dalam diam-diam dia memang suka sangat memandang wajah Gerald yang kacak tu. Gerald tu adalah sikit-sikit macam Hans Isaac tapi dia ni daripada versi lagi ekstra kacak tau. Tapi betullah seperti kata Yat dan Maya tadi. Gerald tu jenis yang pandang model look-alike aje. Yalah dah dia tu orang kacaklah katakan.

“Belum!” Yat dan Maya menjawab serentak.

“Nak komen apa lagi?” Elyan bersuara bosan. Sahabat-sahabatnya ini kalau bab memberi komen memang cukup pandai. Boleh kalah juri Akademi Fantasia dibuatnya. Bila mengomen sesedap rasa jenama Maggie mereka sahaja.

“Kenapa ada nama Farish dalam senarai kau ni? Ew... mamat tu bukan mat ‘lem’ ke?” Sekali lagi Maya memberi komen ala-ala sarkastiknya.

“Nota-nota yang aku selalu terima ni kan warna merah jambu. Dan lelaki yang kategori mat ‘lem’ ni kan selalunya memang sinonim dengan warna pink. Jadi melalui fakta itu aku rasa dia ada prospek untuk dijadikan sebagai suspek.”

“Kamal Adli tu pula? Dia tu kan budak kecik lagi Isy, takkanlah dia tu nak minat dekat kau.” Maya masih tidak puas memberikan komennya.

“Habis budak kecik tak reti nak bercinta ke? Alah, aku dengan dia paling-paling tua empat lima tahun aje. Kalau betullah dia tu adalah Mr.Y, kita orang mesti akan jadi couple yang comel tau. Macam Demi Moore dengan Ashton Kutcher tu. Sekecik-kecik dia tu pun, dia dikira sebagai jejaka yang cute tau.” Dengan bibir yang tersenyum-senyum Elyna menerangkan kenapa dia pilih Nik Kamal Adli si Junior System Analyst tu sebagai salah seorang suspeknya.

“Isy, kau ni budak kecik pun nak layan ke? Aku rasa dia dah ada awek la. Adalah dua tiga minggu lepas kot aku terserempak dengan dia dekat KLCC tengah dating. Awek dia tu aku tengok pun macam budak sekolah aje. Tapikan aku rasakan Iman Hakimi tu pun kau kena potong daripada senarailah. Dia tu kan ‘hakim beriman’ yang paling tak beriman dalam dunia ni. Play-boya nombor satu tu. Ayat pula selalu terlebih gula. Semua perempuan kalau boleh dia nak mengurat. Lagipun masa kau mula-mula masuk kerja sini kan dia dah pernah cuba nak mengurat kau. Betul tak?” Kali ini gilaran Yat pula mencelah memberi komen.

“Isy, kau orang ni... semua nama yang aku letak ada sahaja komennya. Masa aku suruh buatkan senarai semalam, masing-masing suruh aku buat sendiri. Aku dah buat, ada sahaja komennya la. Menyampah aku tau!” Elyna sudah mula merungut-rungut dengan telatah Yat dan Maya. Namun kedua-dua sahabatnya itu hanya menayangkan sengihan mereka sahaja.

“Eh, ada lagi yang kita orang belum komen tau!” Yat yang masih tersengih-sengih pada Elyna menjawab.

“Siapa lagi?” Suara Elyna sudah bernada garang.

“Bos kita, Encik Nazry Johani dan Encik Rezy Ikmal.” Dengan senang hati Maya menolong Yat menjawab soalan Elyna.

Elyna mengeluh berat. “Encik Nazry tu kan duda. Jadi kerana kriteria dia tu secara automatiknya dia dah terkeluar daripada senarai suspek aku. Encik Rezy tu pula... hmm... dua tahun aku dekat sini mana pernah aku berbual dengan dia. Nak kata berbalas senyuman pun tak adalah sangat rasanya. Sejarah komunikasi aku denan dia hanya biasa-biasa sahaja. Maka aku rasa tak mungkinlah dia itu adalah salah seorang suspek aku.” Elyna menerangkan sebab-sebabnya mengapa nama kedua-dua orang Project Manager itu awal-awal lagi sudah dipotong daipada senarainya.

Dengan Encik Nazry, dia sememangnya segan. Ketuanya itu adalah sedikit kriteria ala-ala ustaz di pejabat ini. Sedangkan Elyna ni pula kategori alim-alim kucing sahaja. Sekalipun bertudung, dia suka juga pakai tudung mengikut fesyen terkini yang kadang-kadang tu kurang mengikut syarak. Jadi, takkanlah Encik Nazry tu ada hati pada Elyna ni kan?

Encik Rezy Ikmal pula... Alahai dia tu terlebih-lebih sangat kriterianya sampai Elyna sendiri rasa takut kalau ya dialah si Mr. Y. Setahu Elyna, Encik Rezy tu memang daripada keluarga kaya-raya. Arwah bapanya itu dengar-dengarnya adalah seorang bekas Senator. Wajah pula tahap quadrillions kacaknya. Bila dengar dia sedang bercakap, suaranya tu aduh, sungguh la merdu. Gaya dia bercakap tu macam lelaki yang sopan-sopan sahaja lagaknya.

Elyna sendiri memang tidak pernah berbual dengan Encik Rezy. Hatta satu patah perkataan pun. Ada tiada pun hanyalah sekadar berbalas senyuman sekali-sekala bila terserempak sahaja. Itupun tak boleh nak senyum lebih-lebih dengan jejaka nan seorang tu. Sebabnya bila Encik Rezy membalas senyumannya, huh hatinya ini boleh melted macam coklat M&M’s dalam mulut tau.

Lalu oleh kerana seorang tu Elyna terasa segan nak dekatinya dan seorang lagi pula terasa tak tercapai dek tangannya ini, baiklah lupakan sahaja awal-awal hasrat di hati. Pada Elyna, janganlah nak berangan lebih-lebih macam Cinderella akan ada miracle yang salah seorang daripada Encik Nazrey Johani atau Encik Rezy Ikmal itu adalah Mr.Y dia yang sebenarnya.

“Elyn... bukan ke tadi kau kata kena adil. Encik Nazrey tu dah menduda. Maksudnya dia dah solo. Dah bujang kembali. Jadi apa salahnya kau letak nama dia dalam list kau tu. Ha, siapa tahu dalam diam-diam mungkin dia sememangnya minat pada kau?

Encik Rezy tu memang dah sah-sah bujang. Sekalipun kau tak pernah bercakap dengan dia, boleh jadi juga dia tu ialah Mr. Y kau. Mungkin selama ini disebabkan dia tidak bercakap dengan kau, dia pun gunakanlah nota merah jambu tu sebagai mediumnya untuk mengurat kau. Who knows right?” Penyataan hujah Yat membuatkan Elyna terkedu seketika.

Yat ni gaya dia bercakap selalunya nampak macam lurus bendul aje. Tapi sekali-kala tu, ayat yang keluar daripada mulutnya boleh buat orang terasa macam kepala kena ketuk tau. Contohnya macam sekarang inilah.

“Ee... kau orang ni la kan... yalah... yalah aku betulkan balik senarai yang aku buat ni.” Akhirnya Elyna mengalah dengan permintaan kedua-dua sahabatnya itu.

Pemadam di dalam laci di ambil dan dia mula memadamkan garisan potongan yang dibuatnya sebelum ini dengan pensel pada beberapa nama. Kemudian dia mengambil pensel pula dan membuat garisan potongan pada beberapa nama yang telah telah ditulis dengan pen. Setiap nama yang telah dipotongnya kali ini, ditulisnya sedikit catatan sebab-sebab nama tersebut harus dikeluarkan daipada senarai.

“Eh, kau orang perasan tak gaya kita buat senarai pendek suspek Mr. Y ni macam nak mencari penjenayah aje kan?” Sementara Elyna menghabiskan kerja-kerja meng-’update’ senarai nama suspeknya, Yat sempat member komen. Di bibirnya bergayut senyuman menunjukkan dia tengah seronok melakukan aktiviti sebegini.

“Isy, ada-ada ajelah kau ni Yat. So, Maya... Yat... ini kira senarai final suspek-suspek Mr.Y lah ya? Lepas ni aku tak nak dengar sebarang bangkangan daripada kau orang lagi tau.” Elyna kemudiannya menyerahkan kembali kepada Yat dan Maya kertas senarai suspek-suspek Mr. Y yang telah di finalise setelah mengambil kira pandangan dan juga komen kedua-dua sahabatnya itu.

Nik Kamal Adli *muda sangat + dah ada awek

Razif Kamsany

Iman Hakimi *play-boya + dah pernah reject mamat ni dulu.

Farish *mamat aww...

Danny Lee *tak sunat

Steven Raj *sama juga tak sunat

Gerald *tak sunat juga + suka model aje

Rezy Ikmal

Nazry Johani

Maya hanya terangguk-angguk tanda dia puas hati dengan senarai suspek Elyna kali ini.

“Ee... kenapa nama si Razif Kamsany ni masih ada lagi? Tak sukalah!” suara yat sedikit membentak tanda tidak puas hati melihat nama musuh ketatnya masih lagi ada di dalam senarai suspek Elyna.

Isy, Yat ni la... mereka nak mencari suspek Mr. Y Elyna, bukannya mencari suspek bakal suami dia tau...






Sorry... lambat lagi post... ke-bizi-an kerja+diri yang tak berapa sihat lately ni menghalang cita2 murni nak post awal minggu... Anyway hopefully enjoy entry yg agak panjangs+mengarut ni...
Okey, this will be the last entry... untuk bulan puasa ni la... lepas ni iejay konon2 nak buat cerita one shot untuk raya and post dalam blog ni... scrap idea dah ada... tinggal nak melakar cerita aje...
So Insya-ALLAH Elyna dan Mr. Y akan jumpa anda semua lepas rayalah ek...

Wednesday, August 18, 2010

NOTA MERAH JAMBU (3)



Lelaki itu menghenyakkan tubuhnya di atas kerusi dengan kasar. Sebuah dengusan berat terlepas daripada bibirnya. Ada rasa resah yang bertandang di hatinya ketika ini.

Mengapa?

Mengapa gadis bernama Elyna itu begitu payah hendak menguntumkan senyumannya yang indah itu pada dirinya ini?

Sebentar tadi, ketika dia melangkah masuk ke pejabat selepas balik daripada makan tengah hari, daripada jauh lagi dia sudah boleh nampak Elyna sedang asyik bergelak ketawa dengan dua orang temannya; Maya dan Yat. Seperti biasa bila sahaja ada mereka bertiga, sememangnya pejabat ini sudah nampak cukup meriah.

Tetapi bila dia mendekati Elyna dan the kuncu-kuncunya, pantas sahaja senyuman gadis itu mati. Ketika itu kecewanya rasa hati usahlah ditanya. Dalam diam, hatinya merintih sendirian.

Tidakkah si gadis ada sebarang perasaan setiap kali kehadirannya di sisi gadis itu?

Sedangkan kerana sifat periang gadis bernama Elyna itulah yang membuatkan dia semakin hari semakin tertarik pada si gadis.

Dia masih ingat lagi waktu dia mula-mula bertemu dengan Elyna. Ketika itu adalah hari pertama Elyna perlu melaporkan dirinya di syarikat ini. Pertama kali mereka bertentangan mata adalah di saat gadis itu sedang kelam-kabut mahu menahan pintu lif yang sedang mahu tertutup.

Si gadis manis itu telah menahan pintu lif tersebut hanya dengan menghulurkan sebelah kakinya sahaja seperti aksi seseorang yang sedang menendang. Wajah dan badannya ketika itu tidak kelihatan pun. Isy, terkejut benar dia yang berada di dalam lif masa itu. Selamba sungguh la gadis tu. Nasib jugalah masa itu pintu lif tersebut mahu terbuka. Kalau tidak buat naya sahaja jadi kes kaki terkepit.

Dan di saat tubuh Elyna mula menapak ke dalam lif dan melihat hanya ada dia seorang sahaja ada di situ pada waktu itu, pantas si gadis mempamerkan wajah yang tersenyum-senyum malu. Mungkin dia terasa segan dengan aksinya sendiri dalam usaha menahan pintu lif supaya terus terbuka sebelum itu.

Hmm... pada analisisnya, Elyna itu mempunyai wajah senyuman yang pelbagai gaya. Bila dia tersenyum kerana sedang malu seperti mana kali pertama pertemuan mereka dahulu, mata si gadis akan nampak mengecil dan pipinya pula menjadi kemerah-merahan. Waktu itu dia memang nampak comel sungguh.

Dan bila dia tersenyum riang ketika sedang bergelak ketawa bersama the kuncu-kuncunya pula matanya akan kelihatan begitu galak dan bersinar-sinar. Manakalanya pipinya akan kelihatan seolah-olah mengembung seperti anak ikan buntal. Pada saat itu kalau boleh rasa macam nak cubit-cubit sahaja pipinya itu.

Tetapi bila Elyna dalam keadaan terpaksa senyum, ulas bibirnya itu macam patung Ronald Mc Donald’s sahaja. Senyumannya pendek dan matanya sedikit mengecil. Keningnya pula akan nampak berkerut-kerut seolah-olah jelas cuba menunjukkan ada rasa tidak puas hati dalam hatinya. Apapun saat itu, pada pandangan mata lelakinya ini Elyan tetap kelihatan cute.

Kerana senyuman-senyuman itulah yang menjadi permulaan tumbuhnya rasa yang ada dalam hati seorang lelakinya ini. Daripada sekadar rasa suka melihat senyuman Elyna yang pelbagai gaya, dalam diam tanpa disedari rasa suka itu semakin hari semakin bercambah menjadi lebih daripada sekadar suka.

Pada mulanya dia sendiri tidak sedar rasa suka itu sudah pun berevolusi di dalam hatinya. Kemudiannya apabila suatu hari, dia mula terdengar-dengar cerita yang bergendang di serata pejabat ini tentang kisah bunga-bunga cinta Elyna dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris yang bertugas di tingkat atas bangunan pejabat mereka ini; hatinya sudah mula berentak lain.

Masa itu ada rasa cemburu yang menyelit di ruang hatinya ini. Lalu bila ditimbang-timbal rasa yang bermukim di sudut hatinya, dia mula sedar yang dia bukannya sekadar suka melihat senyuman demi senyuman Elyna itu. Tetapi hatinya ini teringin memiliki pemilik senyuman itu. Dia ingin gadis itu menjadi miliknya. Dia mahu senyuman gadis itu reserved khas untuk diirnya sahaja.

Huh, nasib jugalah si ekspatariat Australia itu rupa-rupanya ialah seorang gay. Kalau tidak pasti dia akan terlepas memiliki hati Elyna kan? Bila sahaja dia tahu gossip terkini itu, hatinya benar-benar terasa lapang. Rasa macam dan-dan tu nak pergi derma pisang dekat masjid tau.

Pada dia, Elyna tu kan sungguh lain daripada yang lain. Gaya dia ke pejabat sentiasa sahaja ringkas. Sempoi sungguh. Pilihannya selalu hanyalah kemeja yang dipadankan dengan slack ataupun jeans. Tudungnya pula mesti bewarna hitam.

Oh, sekali-sekala tu ada jugalah dia ternampak Elyna akan memakai baju kurung. Itupun hanya baju kurung yang ringkas seperti baju kurung daripada kain kapas. Tak akan nampaknya lah kalau nak tunggu Elyna tu pakai baju kurung lip-lap mengerlip macam perempuan-perempuan lain.

Mukanya pula tidak pernah dia lihat diwarnakan seperti kebanyakan pekerja perempuan di pejabat ini mahupun di luar sana. Wajahnya itu cukup sahaja dioleskan dengan pelembab bibir tanpa warna. Itupun sudah nampak cukup menarik pada pandangan mata lelakinya. Bibirnya yang kelihatan sentiasa basah itu, alangkah seronoknya rasa kalau dapat digigit-gigit kan?

Namun sekalipun dia sudah sedar perasaannya sendiri, takkanlah dia nak main sombereno sahaja pergi berhadapan dengan Elyna dan lafazkan, “Elyna saya suka, gila bayang dan sememangnya sudah jatuh cinta dengan Elyna. Jadi jom kita kahwin nak?”

Oh, tidak. Tak mungkin dia akan buat aksi kamikaze seperti itu. Dibuatnya Elyna tanpa sebarang kompromi terus reject dia nanti, haru sahaja jadinya. Mahunya dan-dan itu juga dia berhenti kerja dan pindah duduk Antartika bersama-sama polar bear pula. Eh, orang lelaki pun ada gengsi yang mesti dijaga tau!

Lagipun dia juga tidak tahu hati Elyna itu bagimana. Bolehkah gadis itu menerima dirinya ini sebagai teman hidup gadis itu. Mahukah gadis itu menyambut huluran tangannya dan setia bersama-samanya sehingga ke hujung nyawa?

Jadi untuk itu, dia tahu yang dia memerlukan startegi. Strategi untuk menawan hati Elyna supaya bila tiba masanya nanti untuk dia berterus-terang akan perasaannya dengan Elyna, gadis itu boleh menerimanya tanpa sebarang rasa ragu-ragu.

Lalu buat masa ini, biarlah hanya kertas post-it-note pink itu sahaja menjadi medium untuk dia meluahkan rasa hatinya. Bukankah pepatah ada mengatakan sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Dia yakin melalui nota merah jambu demi nota merah jambu yang diletakkan pada skrin komputer Elyna secara misteri itu, akan membuatkan gadis itu mula sedar akan rahsia hatinya pada gadis itu.

Buat masa ini biarlah Elyna hanya meneka-neka siapakah Mr. Y, si pengirim nota merah jambu itu kan?


Sorry eh for the entry yang maybe entah apa-apa ini. Bulan puasa ni iejay a bit busy... Next entry Insya-Allah iejay try to post on early next week...

Tuesday, August 3, 2010

NOTA MERAH JAMBU (2)




“Okey sekarang ni, kita kena fikirkan cara-caranya macam mana kita nak kesan Mr. Y ni.” Setelah Maya dan Yat bersetuju untuk mengesan si penulis nota merah jambu itu, Elyna pantas sahaja meminta buah fikiran daripada the kuncu-kuncunya sebarang cadangan untuk menjayakan rancangannya ini.

Me! Me! Me first... Apa kata kalau kita bagi setiap seorang staff dalam pejabat kita ni kertas post it note merah jambu macam yang kau selalu dapat. Kita suruh dia orang tulis sesuatu pada kertas tu. Kemudian kita bandingkanlah tulisan siapa yang sama dengan nota-nota yang kau selalu terima tu.” Dengan gaya sangat teruja, Yat memberitahu cadangannya yang dirasakan sangat bernas sekali untuk membantu Elyna sahabatnya.

“Apa??? Kau nak suruh setiap orang dalam pejabat kita tulis pada kertas post it notes macam ni? Kau gila ke apa? Kita ada lebih 70 orang staff tau dekat sini. Kiranya dengan CEO, Directors, pak guard dengan makcik-makcik cleaner sekali lah kita nak kena suruh dia orang tulis nota untuk Elyn ni? Ha, siapa yang nak kena pergi jumpa dia orang semua nak suruh tulis nota macam yang kau cadangkan tu? Kau nak ke?” Bertubi-tubi soalan ditembak oleh Maya bagi membantah cadangan yang diutarakan Yat. Matanya sudah terjegil memandang wajah Yat.

“Ala... aku tak nak. Kalau setakat suruh aku jumpa makcik cleaner dengan pak guard tu aku bolehlah. Tapi kalau nak suruh jumpa orang-orang atas tu, aku tak mahulah. Kau pun tahukan yang aku ni jenis ketar lutut kalau berdiri sebelah orang-orang pangkat besar tu.” Dengan suara yang sudah bernada sedih pula ketika ini, Yat menjawab soalan-soalan Maya tadi.

“Yalah Yat, takkan lah kita nak buat macam tu. Lagipun antara kita tak ada seorang pun yang pakar membaca tulisan orang. Dibuatnya kalau Mr. Y tu tahu tujuan kita lalu dia sengaja ubah tulisan dia masa tu, sampai sudahlah kita tak akan tahu siapa sebenarnya dia.” Kali ini giliran Elyna pula menyatakan pandangannya akan cadangan Yat tadi. Namun nadanya lembut sahaja berbanding suara Maya sebelum ini. Melihat wajah Yat yang sudah terkebil-kebil dibedil oleh soalan Maya tadi, tidak sampai hati dia hendak menempelak sama cadangan Yat itu.

“Habis tu, kita nak buat macam mana lagi?” Yat bertanya pada Maya dan Elyna setelah cadangannya ditolak mentah-mentah oleh kedua-dua orang sahabatnya. Dia rasa cadangannya tadi macam dah cukup da’best. Tapi Maya tu la... Suka benar membantah segala cadangan yang dibentangkannya.

“Ha, apa kata kalau kita pasang kamera untuk intip siapa yang selalu lekatkan nota merah jambu tu pada komputer kau?” Kali ini giliran Maya pula memberi cadangannya.

“Kamera apa?” Elyna meminta kepastian tentang jenis kamera yang hendak digunakan oleh Maya.

“Apa-apa ajelah. CCTV ke, video kamera yang kita letak sorok-sorok pun boleh.”

“CCTV???” Suara Elyna sudah separa menjerit mendengar jawapan Maya.

“Haah la CCTV. Kenapa? Apa masalahnya kalau kita pakai CCTV? Bukan ke selalu polis pun guna CCTV untuk kesan siapa suspek dekat tempat jenayah berlaku. Lagipun kitakan dalam bangunan. Boleh aje nak pasang CCTV.”

“Masalahnya dekat kawasan partition aku ni mana ada CCTV. Ingat mandat aku besar sangatlah dekat pejabat ni ek nak request letak CCTV sebiji khas betul-betul atas partition aku? Lainlah kalau aku ni bini nombor dua CEO, layaklah juga kalau aku nak request benda-benda macam tu.” Elyna sedikit merungut akan cadangan yang diberikan oleh Maya.

“Kalau nak letak video kamera secara sembunyi pun, berapa lama sangatlah kamera tu boleh bertahan. Setahu aku bateri video kamera mana ada yang boleh bertahan sampai 24 jam. Kamera pada komputer pula kalau nak record video, kita kena install software khas dulu dan software tu pula kena sentiasa on. Software tu pun bukannya senang nak dicari.” Elyna menambah point-pointnya untuk menolak cadangan Maya.

“Betul... betul... betul...” Kali ini giliran Yat pula menyokong bantahan Elyna. Bibirnya tersenyum-senyum kerana suka cadangan Maya turut ditolak oleh Elyna. Tetapi apabila dia terpandang sahaja Maya menjelingnya tajam, terus senyumannya itu sirna.

“Kalau kita guna webcam? Kita tak payahlah record tapi kita buat online streaming guna youstrem.com. Kita boleh monitor daripada komputer lain. Kita gunalah yang jenis tak ada lampu dan sorokkanlah sedikit kedudukannya. Macam celah-celah pasu bunga meja kau ni ke. ” Tidak mahu berputus asa, Maya memberikan cadangannya lagi.

Hmm... susah juga. Kalau nak setkan webcam tu on sepanjang masa dan buat online streaming pada komputer lain, siapa pula yang nak buat kerja memerhati twentyfour-seven? Kita bukannya tahu masa bila Mr. Y nak letak nota merah jambu tu pada komputer aku. Kadang-kadang nota tu pagi-pagi masa aku sampai ofis lagi dah ada. Kadang tu dia muncul lepas aku balik lunch. Dan bukannya tiap-tiap hari pun aku dapat nota tu.” Sekali lagi Elyna menyatakan rasa tidak setujunya akan cadangan Maya.

“Dah tu, apa lagi caranya yanga ada? Kau juga yang beria-ia nak tahu siapa Mr. Y tu kan?” Suara Maya kedengaran sedikit merengus, setelah semua cadangannya ditolak oleh Elyna dengan berbagai-bagai alasan.

“Aku ada cadangan. Tapi aku tetap perlukan pandangan kau orang sama ada boleh pakai atau tidak idea aku ni. Aku rasa mungkin kita boleh buat short-listed pekerja-pekerja di pejabat ini yang kita boleh jadikan sebagai suspek Mr. Y. Kemudian kita perhatikanlah mereka satu persatu. Mungkin daripada situ kita boleh dapat clue untuk mencari siapa dia Mr. Y tu.”

Hmm... okey... okey cadangan tu. Aku setuju aje. Jadi sekarang ni siapa yang kita nak masukkan sebagai suspek kita?” Yat yang pantas bersetuju dengan cadangan Elyna, meluahkan pertanyaannya.

“Dalam kepala aku ni ada beberapa nama...”

“Hah, apa pula lah yang hendak dirancang oleh Super Sleuth sekelian ni hah?”

Belum sempat Elyna menyatakan nama suspek-suspek yang telah berada dalam mindanya, tiba-tiba kedengaran satu suara garau lelaki yang agak kuat nadanya menegur mereka bertiga. Sebaik sahaja mereka memandang ke arah empunya suara tersebut, hampir serentak Elyna, Maya da Yat mengeluh.

“Hei, Razif Kamsany kita orang bukan Super Sleuth la. Kita orang ni Power Puff Girls tau. Betulkan girls?” Antara mereka bertiga, suara Yat yang paling awal kedengaran membantah gelaran yang diberi oleh lelaki bernama Razif Kamsany itu.

Elyna dan Maya saling berpandangan mendengar pertanyaan Yat itu.

Power Puff Girls?’ Tanpa suara serentak mulut Elyna dan Maya menyebut gelaran yang diberi oleh Yat untuk mereka bertiga. Kepala mereka berdua tergeleng-geleng mendengar penyataan ayat Yat itu.

Yat ni la, iku suka kepala dia aje nak bercakap. Tidak Elyna mahupun Maya sanggup melabelkan diri mereka sebagai Power Puff Girls tau. Walaupun Elyna sendiri sekali-sekala suka juga menonton kartun Power Puff Girls, tidaklah dia sampai berangan nak jadi Power Puff Girls seperti mana kata Yat. Oh, tidak juga label Super Sleuth iaitu gelaran untuk geng daripada siri animasi My Friend Tiger and Pooh yang diberi oleh Razif Kamsany tadi.

Razif Kamsany tu memang. Suka benar mengacau Elyna dan the kuncu-kuncunya. Tak boleh senang langsung kalau nampak mereka bertiga ni berkumpul. Ada sahaja idea dia hendak menyakat. Dan Yat pula, antara mereka bertiga adalah yang paling suka menajwab @ berperang mulut dengan si Razif Kamsany tu.

Alah, Razif Kamsany tu bukannya apa. Dia tu sebenarnya jealous bila tengok Elyna dan the kuncu-kuncunya asyik bergelak-ketawa dalam pejabat ini tanpa mengajak dia sama. Katanya, mereka ni asyik buang bising aje. Mengganggu kosentrasi orang lain nak buat kerja aje.

Tapi apabila salah seorang daripada Elyna dan the kuncu-kuncunya tiada di pejabat dan mereka senyap kerana tidak cukup korum, atau mereka senyap kerana tengah terlalu sibuk, pun si Razif Kamsany ni akan bising juga kerana tidak dapat dengar suara mereka bergelak-ketawa.

“Kau seorang aje la yang jadi Power Puff Girl Yat. Elyna abang Razif Kamsany ni mestilah jadi princess kan Elyna kan?” Setelah menempelak si Yat bersama cebikan di mulut, suara Razif Kamsany terus bertukar kepada nada yang lebih lembut bertanyakan pada Elyna pula. Siap dengan kenyitan mata dan gelak-gelaknya yang bunyi macam si Sarip Dol Samseng Kampung Dusun lagi ketika dia bercakap dengan Elyna.

Namun Elyna hanya mencebik sahaja tanda meluat dengan telatah Razif Kamsany tu. Dalam hatinya dia merungut sendirian. ‘Isy, memang sah tiga suku dan gatal sungguhlah rakan sepajabat mereka yang seorang ni’.

Dan belum sempat Yat mahu membuka mulut untuk membalas balik kata-kata Razif Kamsany tadi, kedengaran satu suara garau menegur Razif Kamsany daripada belakang.

“Razif, laporan yang saya minta pagi tadi dah siap ke?” Ketika ini, bos kumpulan lelaki itu Encik Rezy Ikmal dan pengurus projek kumpulan Elyna dan the kuncu-kuncunya, Encik Nazry Johani kelihatan sedang berdiri di belakang Razif Kamsany.

“Eh, bos... bos dah... siap dah report tu. Sekejap saya ambil report tu dan hantar pada bos ya.” Kali ini dengan suara yang tergagap-gagap, Razif Kamsany menjawab pertanyaan Project Managernya itu. Ha, dah kena tegur dengan bos, terkulat-kulat terus jadinya. Sedangkan bila bercakap dengan Elyna dan the kuncu-kuncunya tadi, amboi suaranya bukan main lagi lelaki nan seorang ni.

Elyna, Maya dan juga Yat pula hanya terdiam apabila melihat Razif Kamsany ditegur oleh bos dia. Diamnya mereka bertiga ketika ini seperti sudah dibius sahaja lagaknya.

Maya dan Yat itu sememangnya telah dibius oleh cinta apabila melihat jejaka idaman Malaya pejabat ini tiba-tiba sahaja lalu di hadapan mereka. Oh, siapa lagilah jejaka idaman Malaya pejabat ini kalau tidak bukan Encik Rezy Ikmal yang handsome tahap quadrillions tu.

Manakala Elyna pula diamnya dibius dek tidak sanggup hendak berhadapan dengan Project Managernya, Encik Nazry Johani. Sebabnya dia pun ada juga kerja yang telah diberi oleh si bos tapi masih belum disiapkannya lagi. Nanti tak pasal-pasal karang, dia pula yang kena macam Razif Kamsany tu tau.

Tanpa suara, Razif Kamsany terus berlalu daripada sisi Elyna dan the kuncu-kuncunya selepas kedua-dua Project Manager tersebut telah masuk ke bilik mereka masing-masing.

Dan sebelum Razif Kamsany berlalu, sempat Yat memebuat mimik muka mengejek lelaki itu. Tanpa suara mulutnya menyebut ‘Padan muka!’ pada si Razif Kamsany. Lelaki itu pula sempat sahaja member reaksi jelingan tajamnya mungkin kerana geram pada mereka bertiga.