My photo
Iejay is the nick name of a la-la girl who loves anything so called books, the net, eating, sleep, shopping and holidays...

Friday, March 12, 2010

Taddaaa... Presenting my new baby

Akhirnya...

Setelah penat bertungkuh-lumuih mengusung cik Acer Black mini iejay ke hulu dan ke hilir, menaip di mana saja... di dalam LRT, dalam kereta, tepi jalan, kedai makan, etc (ya iejay memang poyo kerana dimana-mana aje dia boleh menaip bila dia rajin.... hahaha)...



Setelah manuskrip pun pergi - balik, back and forth antara si penulis dan syarikat penerbitan untuk di edit sana-sini...

Setelah berYm-YMing dan berFB-FBian, chating-chatingan dengan Kak Su my beloved editor dan Kak Yatie the big bos of NBKara...


Inilah dia hasilnya..



Ramai yang fikir cinta datang semula jadi. Cukup kalau kita mencintai seseorang dan orang itu mencintai kita. Ada pula orang rasa cinta memerlukan petua dan harus diikuti supaya orang yang bercinta tidak kecewa.

Bagi Adriana, cinta itu seperti resipi. Perlu diikuti dengan peraturan tertentu dan cinta itu akan menjadi seronok dan sesedap resipi yang sering dicubanya. Namun selepas berkahwin Adriana barus edar cinta dan resipi itu sebenarnya tidak sama. Resipi boleh diubah sesuka hati oleh yang menciptanya. Tetapi cinta memerlukan dua orang yang berlainan jiwa dan rasa bekerjasama.

Pelbagai dugaan rumah tangga menyedarkan Adriana persamaan resipi masakan dan resipi rumah tangga hanyalah satu... iaitu kesabaran.




Macam mana nak dapatkan???

· Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui nbkara.com.my atau email kepada admin@nbkara.com.my

Pembayaran boleh melalui pembayaran ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com tau dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

ATAU

· dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang di alamat kepada

NBkara

D19-1B Jalan Prima Saujana 2/E

Taman Prima Saujana

43000 Kajang Selangor

ATAU

· Boleh beli terus daripada iejay dengan menghubungi email iejay di

iejay@yahoo.com


Harga?
RM21.50 aje (Semenanjung Malaysia)
(termasuk kos pos)



Beli tau... Ahaks...

p/s: Thanks A Lot to teman bloggers iejay Rosmarlina Abd Gani di Osaka Jepun
kerana sudi memberi keizinan resipi-resipi dia yang
yummy licious di websitenya http://www.jintanmasnis.com/
di share untuk novel Resipi Hati ini...