My photo
Iejay is the nick name of a la-la girl who loves anything so called books, the net, eating, sleep, shopping and holidays...

Monday, July 26, 2010

NOTA MERAH JAMBU (1)





“Maya... aku dapat nota lagi la!!!”

Elyna yang baru sahaja kembali daripada keluar makan tengah hari bersama Maya, memberitahu temannya itu dengan nada sedikit terjerit sebaik sahaja dia terpandangkan sekeping kertas post-it-note berwarna merah jambu terlekat di skrin komputernya.

Masuk yang ini dia rasa sudah lebih 17 kali dia menerima tampalan kertas post-it-note berwarna berwarna merah jambu seperti itu terlekat di skrin komputernya.

Dan kertas post-it-note tersebut sehingga kini cukup menjadi misteri nusantara bak kata Maya buat Elyna and the kuncu-kuncunya di pejabat ini.

Kalau orang lain mungkin akan mengata apa sangatlah misteri nusantaranya setakat menerima tampalan kertas post-it-note merah jambu itu kan? Setakat hal enteng seperti nota merah jambu yang jatuh daripada entah langit mana tu, Zainal Ariffin Ismail tak akan berminatnya nak selitkan dalam slot rancangan Misteri Nusantaranya.

Tetapi pada Elyna and the kuncu-kuncunya yang mana barisan ahli tetapnya terdiri daripada Elyna sendiri, Maya dan Yat; kertas post-it-note itu sememangnya misteri apabila sehingga kini mereka tidak dapat meneka siapakah yang telah meletakkan kertas-kertas nota ringkas tersebut pada skrin komputer Elyna. Nota-nota tersebut tidak pernah pun ditulis sebarang nama ataupun initial yang boleh membuatkan mereka merujuk siapakah penulisnya.

Semasa mula-mula menerima kertas post-it-note berwarna berwarna merah jambu terlekat di skrin komputernya dahulu, Elyna ingat ada antara teman-teman sepejabatnya sengaja ingin menyakat dirinya dengan bebuat begitu. Tetapi apabila dia semakin kerap menerima kertas post-it-note berwarna merah jambu yang terlekat di skrin komputernya secara misteri itu dengan mesej-mesej yang cukup tersirat dia mula merasakan ada seseorang yang sedang memerhati akan dirinya dalam diam.

Elyna masih ingat lagi ketika dia mula-mula memberitahu pada the kuncu-kuncunya tentang teori yang bermain di kepalanya itu. Ketika itu mereka sedang menikmati makan tengah hari di gerai berhampiran pejabat beberapa minggu yang lepas.

“Eh, aku rasakan orang yang selalu lekat kertas post-it-note warna merah jambu pada skrin komputer aku tu sedang stalk aku la. Nota-nota yang dia tulis pada aku mesti ada kena-mengena dengan mood aku masa tu tau. ”

“What? Kau ada stalker Elyn??? Isy, kau aje yang perasan kot. Alah, kebetulan aje tu kau rasa apa yang dia tulis ada kaitan dengan mood kau masa tu.” Maya dengan mata yang sudah terbeliak menyoal tanda dia tidak percaya pada teori yang dikemukakannya sebentar tadi.

Manakala Yat pula dengan nada yang sudah begitu teruja menjerit, “Elyyynnn!!! Bestnya kau ada stalker. Aaaa... kenapakah aku mula terasa macam sungguh-sungguh jealous dekat kau ni?”

Hmm... Kalau nak diikutkan Elyna bukanlah sesiapa-siapa pun di pejabat ini sehingga perlunya ada peminat misteri sampai macam ini sekali. Dia bukanlah anak Dato’-Datin mahupun orang yang memegag jawatan penting di pejabat ini. Dia juga bukanlah salah seorang perempuan yang paling cantik bak dewi daripada negeri kayangan di pejabat ini.

Elyna hanyalah seorang gadis yang layak dikira sebagai manusia daripada golongan biasa-biasa sahaja. Jawatannya di syarikat telekomunikasi itu ialah hanya sebagai penganalisis sistem yang cabuk sahaja. Sama seperti Maya dan Yat.

Ada tidak ada mereka tidaklah terlalu memberi kesan sangat pada organisasi mereka pun. Malah katakanlah hari ini dia menghantar surat berhenti kerja kononnya mungkin kerana sebagai tanda dia tidak puas hati dengan kenaikan gaji yang diterima, dan-dan esok juga syarikat ini sudah boleh mendapatkan pengganti dirinya.

Lalu atas sebab apa ada orang mahu menghabiskan masa mereka dengan memerhatikan dirinya ini ya? Apa yang penulis kertas post-it-note berwarna berwarna merah jambu yang terlekat di skrin komputernya itu boleh dapat daripada dirinya yang biasa-biasa ini?

Namun satu perkara yang Elyna and the kuncu-kuncunya amat pasti ialah penulis nota-nota itu semestinya adalah salah seorang pekerja di pejabat ini juga. Mereka syak begitu kerana penulisnya itu macam tahu-tahu aje apa perkara terbaru yang berlaku kepada diri Elyna. Contohnya macam hari ini lah.

“Apa pula nota yang dia tulis kali ni?”

Cheer... Life is always not a fairy tale...” Dengan suara yang bernada lemah dan keliru, Elyna membacakan semula apa yang tertulis pada kertas post-it-note tersebut kepada Maya.

Ketika ini, hanya ada Elyna dan Maya sahaja di situ. Yat masih belum masuk ke pejabat lagi kerana katanya tadi dia hendak singgah membeli buah mangga dahulu. Tetapi la ni dah dekat 15 minit rasanya dia pergi, teman mereka nan seorang itu masih belum lagi nampak kelibatnya. Tak tahulah sama ada Yat itu pergi membeli buah mangga seperti dikatanya tadi atau dia pergi kaitkan sekali buah mangga sebenarnya.

Hmm... Mr. Y kau tu tulis macam tu mesti sebab dia tahu yang kau tengah frust menonggeng hari ini kan?” Maya memberi komennya pada Elyna.

Mr. Y ialah gelaran yang dipersetujui oleh Elyna and the kuncu-kuncunya buat si penulis post-it-note berwarna merah jambu itu. Nak tahu kenapa mereka bagi gelaran nama Mr. Y?

Pertamanya ialah mereka 99.99% amat pasti si penulis post-it-note berwarna merah jambu itu ialah seorang yang berjantina LELAKI. Maka disebabkan itulah kena panggil dia dengan gelaran Mister (Mr.).

Ya lah apa kejadahnya pula orang perempuan yang nak buat kerja menjadi penulis misteri post-it-note berwarna merah jambu itu kan? Kecualilah kalau-kalau baki 0.01% itu terdapat keberangkaliannya si penulis post-it-note berwarna merah jambu tersebut sebenarnya ialah seorang perempuan yang terlebih hormon testosterone dalam badannya lalu membuatkan dia dalam diam meminati Elyna.

Alasan yang kedua kenapa Elyna and the kuncu-kuncunya telah bersepakat menamakan si penulis post-it-note berwarna merah jambu itu dengan gelaran Mr. Y ialah kerana menurut kata Yat gelaran Mr. X telah terlalu banyak sangat digunakan sebagai gelaran untuk orang yang misteri.

Maka disebabkan selepas huruf X ialah huruf Y dan demi memberi penghormatan kepada nama Yat yang juga bermula daripada huruf Y, maka haruslah diberi nama Mr. Y. Lalu antara mahu dan tidak mahu, bersetujulah mereka dengan cadangan Yat itu walaupun sampai sudah Elyna dan Maya tidak tahu kenapakah perlu mereka memberi penghormatan kepada nama Yat yang langsung tiada kena-mengena secara langsung dengan kes ini.

“Huh, ya lah agaknya kot dia tahu apa jadi pada aku hari ini. Lagipun aku kan sememangnya ada dua orang sahabat baik yang sudi jadi radio buruk tolong ceritakan hal aku dekat seluruh pejabat ni.” Dalam nada yang memerli, Elyna menjawab soalan Maya tadi.

“Alah, rilekslah Elyn. Kumbang bukan seekor kan?” Dengan wajah yang tersengih-sengih, Maya cuba menenangkan hati Elyna yang berbahang sejak pagi tadi dengan dia dan Yat.

Sian Elyna, sudahlah hatinya dilukai pagi tadi, kemudian dua orang the kuncu-kuncunya itu pula pergi menghebahkan cerita sedihnya itu pada orang-orang di pejabat ini.

Pagi tadi ketika Elyna sedang bersarapan di kafe seberang bangunan pejabatnya ini dia telah menyedari satu hakikat; bahawasanya mamat ekspatriat Australia daripada syarikat carigali petroleum di tingkat atas bangunan pejabatnya ini yang konon-kononnya dia telah jatuh hati sejak beberapa minggu yang lepas rupa-rupaanya ialah seorang gay.

Dengan mata kepalanya sendiri, dia ternampak tangan lelaki mat saleh bernama William itu yang terletak di bawah meja begitu syok benar mengusap-ngusap peha sambil tersenyum-senyum penuh menggoda pada mamat trainer daripada gimnasium sebelah bangunan pejabatnya ini.

Kalaulah nak kata Elyna yang tersalah anggap dan si William itu bukannya salah seorang keturunan yang sesat daripada kaum nabi Lut a.s., apa kes pula dia nak buat drama aksi belai-membelai di pagi hari di tempat awam macam tu kan?

Dengan apa yang disaksikan itu, musnahlah sudahlah impiannya sejak beberapa minggu yang lalu yang konon-kononnya hendak dapat anak-anak berambut seperti bulu jagung serta bermata biru. Selama ini dia ingatkan bila dia selalu ditegur sapa oleh si William tu, lelaki tersebut mungkin ada sedikit rasa suka pada dirinya. Mungkin ada harapan suatu hari nanti untuk dia menjadi Mrs. William.

Lalu seperti biasa, selepas dikecewakan dengan kenyataan yang membuatkan Elyna terasa macam nak muntah hijau dan terus hilang selera nak menikmati sarapan paginya apabila memikirkan aksi 18SX William si mamat ekspatariat yang ‘pernah’ diminatinya itu; dia pun berkongsilah cerita tersebut dengan the kuncu-kuncunya.

Dan tidak sampai sepuluh minit cerita itu dikongsikan, hampir separuh pekerja di pejabatnya ini sudah tahu pasal hal tersebut termasuklah sekali si penulis post-it-note berwarna merah jambu itu rasanya.

Kata Maya dan Yat, dia orang bukanlah nak menjaja cerita pasal hal kekecewaan Elyna. Niat mereka cuma nak menyampaikan gosip terhangat tentang mamat ekspatriat tingkat atas itu dan trainer gym bangunan sebelah yang rupa-rupanya ialah pasangan gay.

Tetapi dalam pada itu entah macam mana mereka boleh terlepas pula cerita tentang kisah cinta tidak kesampaian antara Elyna dengan mamat ekspatariat itu kepada rakan sekerja mereka yang lain. Dan mereka berdua sudah pun meminta maaf serta membelanja Elyna makan tengah hari sebentar tadi sebagai tanda berdamai.

“Maya, mana Yat ni? Aku rasa kita kena buat sesuatulah untuk kesan siapa Mr.Y yang selalu hantar post-it-note warna merah jambu ni. Sekalipun niat dia tu mungkin baik base on apa yang dia tulis dalam nota-nota dia selama ini. Rasa rimaslah bila aku tak tahu apa motif dia buat semua ni. ”

“Aku okey aje. Aku pun teringin sangat-sangat nak tahu siapakah gerangannya Mr. Y itu ya.” Maya menyatakan persetujuannya pada Elyna.

“Aku setuju!!!” Yat yang entah daripada mana munculnya secara tiba-tiba terus menyatakan persetujuan pada cadangan Eryna yang entah dia tahu atau tidak pasal apa sebenarnya.

Elyna dan Maya serentak mengeleng kepala melihat telatah Yat itu...


p/s: First of all sorry sebab lama tak post entry dan skil menulis pun dah berkarat.

Iejay ni la kan, cerita Ku Telah Jatuh Cinta... Lagi tu ak bergerak ke mana, Iejay dah start lagi yang baru ek... isy...entah di manalah semangat nak menulis terbang melayang... *cerita Nisa nak kahwin tu iejay decide nak buang aje sebab macam tak ada idea aje nak siapkan dan masukkan plot yg dah terfikir dikepala for that story ke dlm cerita Nota Cinta Merah Jambu ni (kena tukar title sebab rupa-rupanya dah ada penulis guna tajuk yg sama).*

Cerita ni masih baru, so iejay tak nak rancang apa2 sama ada untuk terbit or whatsoever...so janganlah expect lebih2... buat masa ini iejay nak menulis macam dolu-dolu... Menulis just for fun...

Kalau sebelum ini iejay dah buat novel sambil bermain dengan lirik dan resipi, kali ini pula iejay nak buat cerita sambil bermain dengan nota (post-it-notes) ... jadi pada sesiapa yg ada ayat notes yang menarik bolehlah share2 dengan iejay ya...

I'm waiting for your comments... sila beri tunjuk ajar ya... ahaks...